May 26, 2011

Ustaz Subki Abdul Rahman : Pengasas dan Mudir

oleh : admin

Bismillahirrahmanirrahim

Sahabat2 Badr semua, kita mesti tak kan lupa pada batang tubuh ini yang pernah meninggalkan seribu satu pengalaman pahit manis kepada kita. Beliau juga mungkin antara orang pertama yang mencorak kita sehingga sampai ke tahap kita hari ini.

Al Fadhil Ustaz Subki bin Abdur Rahman, merupakan pengasas kepada Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat Repek. Semenjak dirasmikan pada sekitar tahun 1998, beliau berusaha gigih untuk membangunkan sekolah tahfiz tersebut di atas tapak yang asasnya merupakan tanah hutan.

Kegigihan beliau menjadi inspirasi kepada kita semua. Pagi petang siang dan malam, otaknya ligat memikirkan pelbagai strategi dan usaha untuk memajukan maahad tahfiz tersebut.

Di awal2 waktu itu, kita mungkin masih tidak memahami segalanya tentang beliau. Bahkan ramai juga di antara kita yang tidak menyukai beliau. Maklum saja, ketegasan beliau sukar diterima oleh banyak orang.

Kalau ditanya tentang siapa yang paling terer bab2 merotan, sudah tentu jawabnya adalah "boss". Kita semua tentu takkan lupa setiap waktu subuh, nama2 yang dipanggil kerana melakukan 'jenayah' ( just kidding! ) disuruh meniarap dan pumping. Sambil itu sebatan demi sebatan mendarat di tapak kaki. Pedih di hati yang melihat, pedih lagi yang merasa...ye tak?

Tapi hari ini, setelah lebih sepuluh tahun berlalu, barulah kita memahami dan menyanjung tinggi usaha beliau. Keikhlasan yang ada pada beliau dalam mendidik anak muridnya, membawa kita ke tahap yang ada pada hari ini. Keberkatan itu suatu yang paling sukar untuk dicari.

Satu kata2 beliau yang takkan dilupa sampai bila2 adalah : kamu boleh cari berpuluh2 sekolah tahfiz yang lain, berpuluh2 ustaz yang lain, tetapi ingat, keberkatan itu mungkin kamu takkan dapat.

Al Fadhil "boss" sangat menekankan tentang keberkatan, kerana hakikatnya, itulah sumber utama sebuah kejayaan.


 PESANAN :

(1) Anda mempunyai koleksi gambar Ustaz Subki? sila emelkan ke badrepek@gmail.com

(2) Anda ada kenangan untuk dikongsi tentang Ustaz Subki? sila tinggalkan komen pada link di bawah.

Terima Kasih :)